Call for participation/Appeal letter/ms

From Strategic Planning


Sukar untuk dipercayai bahawa Wikipedia tidak wujud langsung sedekad yang lalu. Kini, sebanyak 330 juta orang menggunakan Wikipedia setiap bulan, menjadikannya sumber pengetahuan atas talian yang paling kerap digunakan di dunia. Ratusan dan jutaan sukarelawan telah membina dan menyelenggara projek-projek di bawah Wikimedia sepanjang lapan tahun ini.

Walaupun telah banyak kita capai, perjalanan kami masih jauh untuk mencapai visi bagi mewujudkan dunia di mana setiap insan dapat berkongsi segala pengetahuan tanpa batasan secara percuma. Bagaimana pun, mampukah kami mencapai kejayaan untuk merempuh halangan yang mendatang? Kurang daripada satu per lima daripada populasi dunia mempunyai mempunyai kemudahan Internet. Sungguhpun ratusan dan jutaan sukarelawan menyumbang kepada projek-projek Wikimedia hari ini, mereka bukannya mewakili keseluruhan daripada kepelbagaian dunia. Terdapat pelbagai pilihan yang mendatang sedangkan kami bekerja untuk membina satu gerakan sedunia untuk mencipta dan berkongsi ilmu pengetahuan percuma.

Kami sedang memulakan proses satu-tahun untuk menghasilkan satu pelan strategik bagi gerakan Wikimedia. Secara khusus, kami cuba memahami:

  • Di manakah kami sekarang?
  • Apakah yang ingin kami capai dalam masa lima tahun?
  • Bagaimanakah kami akan merealisasikan segala perancangan?

Bantulah kami ketemukan jawapan kepada soalan-soalan ini. Jelajahi, analisis dan refleksi pertanyaan ini untuk mencapai visi dan misi kami. Berikut merupakan lima cara anda boleh membantu kami:

  • Sertai barisan tugasan. Kami akan membentuk barisan tugasan untuk merancang dan meneroka perkembangan yang mendatang. Sertai kami atau bentuk kumpulan anda sendiri.
  • Maklumkan kepada kami bagaimana anda dapat hulurkan bantuan. Jika anda mempunyai kepakaran dalam apa-apa jua bidang yang berkaitan dengan projek kami, isikan nama anda dalam senarai kami. Ini akan memudahkan barisan tugasan dan sukarelawan untuk menghubungi anda untuk mendapatkan pendapat anda. Luangkan masa anda untuk membantu kami.
  • Hantarkan cadangan dan idea anda. Tuliskan cadangkan anda pada laman strategi wiki dan bantulah kami menambah baik cadangan yang sedia ada. Luangkan idea dalam laman blog anda atau menerusi jaringan sosial seperti Identi.ca, Twitter dan Facebook. Isikan bahagian tag dengan #wikimedia atau letakkan pautan luar strategi wiki supaya projek ini tersebar.
  • Sertai perbincangan tentang strategi-strategi. Untuk memastikan projek ini berjaya, kami memerlukan penyertaan daripada semua. Gunakan templat yang sedia ada untuk menghantar strategi anda melalui laman ini.
  • Hantarkan maklum balas anda. Hantarkan cadangan anda kepada kami. Berkongsilah idea, rancangan, impian dan kesangsian anda tentang projek kami. Maklumkan pendapat anda melalui stategi Wiki atau hantarkan email ke strategywikimedia.org.

Sekiranya anda tidak dapat menyertai kami, hulurkan bantuan anda menerusi derma untuk membiayai projek ini. Derma anda akan menyokong usaha kami untuk mewujudkan sebuah dunia tanpa batasan ilmu pengtahuan. Kami juga memerlukan sukarelawan untunk menyumbang dalam projek-projek yang berlangsung, menyelenggara bahagian teknikal dan teknologi serta memberi bantuan dalam cara-cara yang lain.

Dekad ini telah menunjukkan pembaharuan yang amat memberangsangkan untuk mengubah tamadun sedunia dengan adanya peluang sama rata bagi semua. Kami berharap anda dapat menyertai kami dalam berkongsi ilmu dengan setaip orang di dunia ini.

Yang benar,
Michael Snow
Pengerusi, Yayasan Wikimedia
Jimmy Wales
Pengasas Wikipedia dan Yayasan Wikimedia


Balasan e-mel

Terima kasih kerana menghantar email kepada bahagian pembangunan strategi Yayasan Wikimedia. Emel anda telah diterima dan akan dibaca secepat mungkin. Kami akan menghubungi individu-individu yang terpilih untuk tugasan tertentu. Anda juga bebas untuk mencipta tugasan anda sendiri dengan menggunakan bahan-bahan di wiki strategi (http://strategy.wikimedia.org) untuk melaporkan semula dapatan dan cadangan anda.

Semoga sejahtera dan ribuan terima kasih atas kesudian anda untuk membantu.

Yang benar,

Sitenotice

  • Bantulah kami membina masa depan Strategic Planning dan projek-projek berkembarnya!
    <a href="http://volunteer.wikimedia.org">Baca sepucuk surat</a> daripada Jimmy Wales dan Michael Snow.

Tajuk

Baca surat daripada Michael Snow dan Jimmy Wales.

Butang

Tawarkan diri sekarang