Call for participation/ms

From Strategic Planning

Wiki Perancangan Strategik

Wikimedia Foundation telah memulakan fasa selama setahun bagi perancangan strategik. Dalam tempoh perancangan ini, ahli masyarakat mempunyai peluang bagi mencadang idea, bertanyakan soalan, dan membantu merancang masa hadapan Perbadanan ("Foundation"). Untuk mencipta kawasan pusat bagi membolehkan perbincangan ini, Strategy Wiki telah dilancarkan. Wiki ini akan memberikan gambaran menyeluruh mengenai proses perancangan strategik dan cara untuk membabitkan diri, termasuk beberapa soalan yang boleh dijawab oleh semua orang. Semua idea dialu-alukan, dan semua orang adalah dijemput untuk turut serta.

Sila ambil seketika untuk meneliti Strategy wiki. Ia kini sedang diterjemah ke dalam sebanyak bahasa yang mungkin; sila tinggalkan pesanan anda dalam bahasa asal anda dan kami akan terjemahkannya (tetapi, sekiranya ragu, beritahu kami bahasa apa, sekiranya bukan bahasa Inggeris!).

Semua cadangan bagi Wikimedia Foundation juga boleh ditinggalkan dalam sebarang bahasa.

Sila luangkan masa bagi menyertai proses menyeronokkan ini. Kepentingan penyertaan anda tidak boleh diperbesarkan. Perancangan untuk masa hadapan ditentukan melalui maklum balas anda. Datang dan bincang lebih lanjut bagi Project, bagaimana Perbadanan mambu membantu usaha Project ini, dan bagaimana kami patut bahagikan masa dan sumber terbaik bagi memenuhi misi kita.

--Philippe

(sila sebarkan secara meluas dan maafkan mereka yang melakukannya)